Kes ADUN Seri Muda Disebut Semula 19 Julai - Semasa | mStar

Kes ADUN Seri Muda Disebut Semula 19 Julai

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, menetapkan 19 Julai ini sebagai sebutan semula kes hasutan melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu pada prosiding di dalam kamar, selepas berjumpa dengan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Shah Reza Noor Azman dan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili ahli politik tersebut.

Amer Hamzah kemudiannya memberitahu, permohonan untuk mendapatkan tarikh baru dibuat bagi menunggu permohonan Shuhaimi untuk membatalkan pertuduhan tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Pendengaran permohonan itu dijadualkan pada 13 Julai ini di hadapan Hakim Noor Azian Shaari.

"Jika mahkamah membenarkan permohonan kami, pendakwaan ini akan terhenti. Jika tidak, saya akan mengambil arahan daripada anak guam sama ada mahu memfailkan rayuan atau meneruskan dengan perbicaraan," kata Amer Hamzah.

Shuhaimi yang hadir di mahkamah pada pukul 9 pagi dengan memakai kameja putih dan sut hitam turut bersalaman dengan beberapa orang awam yang hadir memberikan sokongan terhadapnya.

Shuhaimi, 42,didakwa menerbitkan artikel 'Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959' yang mengandungi ayat-ayat menghasut di blognya beralamat http://srimuda.blogspot.com.

Artikel tersebut yang didakwa menyentuh mengenai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah disiarkan semasa isu pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sedang heboh diperkatakan.

Pendakwaan terhadap ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikendalikan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya.

Pada 1 April lalu, Shuhaimi memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah bagi menggugurkan pertuduhan ke atasnya kerana mendakwa, pendakwaan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja mendakwa pendakwaan terhadap beliau bersifat selektif (terpilih) kerana pendirian politiknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain