suria

Interaksi Sesama Negara Mampu Tingkatkan Kemajuan

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mana-mana negara yang mahu pesat membangun dan berkembang maju perlu berinteraksi sesama mereka.

Tiada negara atau rantau, tidak kira sama ada sebuah pulau yang boleh berkembang dengan sendiri, kata beliau pada majlis makan tengah hari meraikan anggota felo emeritus Perkongsian Komanwel Untuk Teknologi Tinggi (CPTM) dan menteri-menteri yang mengambil bahagian pada Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011, di sini pada Isnin.

"Melalui pertukaran pandangan mengenai isu kepentingan bersama, negara-negara akan dapat mewujudkan kerjasama untuk faedah bersama, terutama di bawah naungan program Perkongsian Bestari untuk transformasi sosio-ekonomi," kata beliau.

Muhyiddin berkata di bawah konsep itu, setiap orang akan meraih faedah memandangkan kekayaan baru akan diwujudkan dan dikongsi oleh rakan yang berkenaan.

"Objektif utama adalah semua rakan yang terlibat tidak akan ketinggalan dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang hebat," kata beliau.

Forum tiga hari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Ahad.

Artikel Lain