suria

Limkokwing Tawar RM12 Juta Biasiswa Kepada Negara Afrika

PUTRAJAYA: Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan yang Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Malaysia telah menawarkan biasiswa berjumlah sehingga RM12 juta kepada negara-negara Afrika yang menyertai pergerakan perkongsian bestari itu.

Beliau mengumumkan ini dalam ucaptamanya di Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 yang kesembilan di sini.

Universiti Limkokwing yang berpangkalan di Cyberjaya pada masa ini mempunyai kampus di Botswana, Lesotho dan Swaziland.- BERNAMA

Artikel Lain