suria

Kerjasama Antara PKS Prasyarat Untuk Transformasi Ekonomi

PUTRAJAYA: Kerjasama antara Perusahaan Kecil dan Sederhana (PSK) dalam pergerakan perkongsian bestari adalah prasyarat untuk transformasi sosio-ekonomi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Pada masa institusi pelbagai hala dan multinasional penting, peluang pekerjaan yang besar disediakan oleh PKS," katanya dalam reaksi kepada gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PKS dari Malaysia dan Afrika perlu bekerjasama pada perasmian LID 2011 di sini, Ahad.

Perdana Menteri juga mencadangkan negara-negara Afrika lebih melihat ke arah ekonomi yang sedang meningkat untuk produk dan perkhidmatan, dan bukan hanya bertumpu kepada ekonomi maju.

Nor Mohamed berkata adalah penting untuk negara-negara membangun dan baru muncul melakukan perkara dengan cara yang berbeza dalam usaha menjadi sebahagian daripada transformasi.

"Bila kita bergerak ke hadapan, teknologi telah berkembang dan kita tidak lagi perlu bergantung kepada multinasional untuk menyediakan teknologi masa depan. PKS juga boleh menggunakan teknologinya untuk menjadi sebahagian daripada transformasi," katanya.

LID adalah platform yang sempurna untuk mereka berhubung dan mewujudkan rangkaian, katanya.- BERNAMA

Artikel Lain