suria

Guna Pakai Inovasi Untuk Tingkat Kedudukan Perniagaan Global:Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa negara-negara Afrika dan Caribbean supaya menerima inovasi sebagai keutamaan penting bagi mencapai kelebihan daya saing di peringkat global dan membawa ekonomi mereka ke tahap tinggi baru.

Perdana Menteri yang menggesa mereka supaya beralih daripada cara lama melakukan sesuatu, berkata Malaysia, yang memberi tumpuan kepada inovasi bagi memastikan produktiviti yang tinggi, bersedia untuk berganding bahu dengan mereka untuk memacu ekonomi mereka ke arah inovasi dan perubahan sosio-ekonomi bagi mencapai wawasan negara mereka.

"Tidak dinafikan, negara-negara yang mempunyai pengetahuan dan ekonomi berasaskan inovasi mendapat kelebihan pada ranking perniagaan antarabangsa," kata beliau dalam ucaptama pada Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID2011) di sini Ahad.

LID 2011 dihadiri ketua-ketua kerajaan dan negara serta menteri dan pegawai dari 15 negara Afrika dan Caribbean.

Memberi contoh Korea Selatan dan Taiwan, Najib berkata kebangkitan luar biasa ekonomi mereka dan keupayaan negara-negara Scandinavia mencatatkan pendapatan per kapita tertinggi di dunia walaupun jumlah penduduknya yang kecil dan ekonomi dalam negara yang kecil adalah disebabkan oleh pelaburan mereka yang besar dalam inovasi, pengkhususan dan langkah mengantarabangsakan kemudahan penyelidikan mereka.

Selaras dengan itu, Malaysia mengambil langkah menubuhkan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di New York pada bulan lepas bagi membantu mendapatkan pandangan daripada rangkaian yang pelbagai di mana syarikat-syarikat Malaysia dan institusi boleh menghubungkan rakan-rakan mereka di luar negara.

Pada mesyuarat GSIAC yang dipengerusikan Najib, ia menghimpunkan para pemimpin daripada kerajaan, industri dan akademik yang memberikan perspektif baru yang terbaik mengenai cara-cara untuk memacu ekonomi global ke arah transformasi inovasi dan sosio-ekonomi.

Sebagai Perdana Menteri, Najib berkata beliau "bertekad untuk melihat Malaysia menjadi negara berdaya maju dan dengan inovasi dinamik."

"Saya yakin ekosistem inovatif yang sangat berkembang akan meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat kita dan meningkatkan kualiti hidup rakyat kita - tetapi untuk mencapai matlamat berkenaan, kita mesti meneroka pengalaman negara-negara yang berjaya dan belajar daripada kejayaan mereka."

"Kita boleh memupuk kerjasama yang serupa dengan rakan-rakan kita dari Afrika dan Caribbean," kata beliau dalam tawaran yang jelas berkait dengan tema ini LID tahun ini - "Menjana Perkongsian Bestari Untuk Transformasi Sosio-Ekonomi."

LID 2011 itu diadakan buat pertama kali di Putrajaya di atas permintaan oleh pemimpin Afrika di Dialog Antarabangsa Selatan Afrika di Uganda mana mereka mahu melihat pembangunan di Putrajaya serta Cyberjaya.

Dialog tahun ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Afrika seperti Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, Perdana Menteri Lesotho Pakalitha Bethuel Mosisili, Perdana Menteri Swaziland Barnabas Sibusiso, Naib Presiden Uganda Edward Sekandi dan Naib Presiden Kenya Stephen Kalonzo.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Perdana Menteri juga menggesa negara-negara supaya menggabungkan teknologi yang sesuai dalam konteks pembangunan negara mereka bagi mencapai faedah yang optimum memandangkan perkembangan hebat teknologi terkini daripada negara perindustrian yang menimbulkan peningkatan masalah sosio-ekonomi di negara-negara membangun.

Antaranya termasuk kemiskinan dan peningkatan pengangguran berikutan pewujudan teknologi berintensifkan modal serta penghijrahan ke kawasan bandar menyebabkan jumlah penduduk yang berlebihan setelah mereka berusaha mencari tahap kehidupan yang lebih baik.

"Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi telah mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, tetapi terdapat keperluan untuk kita menilai secara individu sama ada teknologi yang kita gunakan adalah optimum untuk kita," kata beliau sambil menambah bahawa teknologi yang sesuai sebagai pendekatan pembangunan bagi menyelesaikan masalah sosio-ekonomi, terutamanya dalam sektor luar bandar dan tidak formal.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan di luar sektor teknologi maju untuk membolehkan pembangunan di seluruh penduduk.

"Di samping itu, kita perlu membangunkan satu pelan bersepadu untuk membangunkan kawasan luar bandar. Saya percaya bidang berkenaan berpotensi untuk perbincangan dan kerjasama di masa depan," kata Najib.- BERNAMA

Artikel Lain