suria

Tidak Peduli Amaran Hishammuddin, Pemuda Umno Teruskan Perhimpunan 9 Julai

PETALING JAYA: Tanpa mempedulikan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein, Pergerakan Pemuda Umno bertekad mahu meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini - tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dekat sini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan itu. "Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam (Jumaat). Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang," kata dalam twitter di sini, Jumaat.

Beliau mengulas amaran Hishammuddin sebelum itu kepadanya supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

Dengan ini, terdapat tiga pihak yang bakal berhimpun pada hari berkenaan iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Bersih dan Pemuda Umno.

Katanya, berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapi apa sekalipun kemungkinan.

“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.

“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya Ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama," tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain