suria

Pavilion Lancar Promosi Jualan Bebas Cukai

Pengunjung dalam dan luar negara berpusu-pusu mendapatkan baucer diskaun yang diedarkan Pavilion Kuala Lumpur pada pelancaran Karnival Jualan Mega di pusat beli belah itu pada Rabu.
Pengunjung dalam dan luar negara berpusu-pusu mendapatkan baucer diskaun yang diedarkan Pavilion Kuala Lumpur pada pelancaran Karnival Jualan Mega di pusat beli belah itu pada Rabu.
Pengunjung dalam dan luar negara berpusu-pusu mendapatkan baucer diskaun yang diedarkan Pavilion Kuala Lumpur pada pelancaran Karnival Jualan Mega di pusat beli belah itu pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah Pavilion melancarkan promosi jualan bebas cukai bagi menarik lebih ramai pelancong dan orang ramai berbelanja di negara ini.

Karnival Jualan Mega 1Malaysia (1MMSC) bertemakan "Pavilion KL: Syurga Beli Belah Bebas Cukai" itu diadakan sempena Karnival Jualan Mega yang berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Ogos.

Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan memansuhkan cukai import ke atas lebih 300 barangan dengan menawarkan jualan barangan pada harga yang lebih kompetitif.

"Sejak pengunguman kerajaan baru-baru ini yang menghapuskan cukai import terhadap lebih 300 barangan yang berkaitan dengan sektor pelancongan, Pavilion KL telah bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menyediakan satu pusat beli belah bebas cukai untuk pelancong dan juga masyarkat tempatan," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini, Rabu.

Turut serta bersama Kung merasmikan pelancaran ialah Soong Chok Mun, Timbalan Presiden Perhubungan Keahlian dan Pembangunan Penerimaan MaterCard Worlwide. MasterCard merupakan syarikat yang bekerja sama dalam promosi 1MMSC.

Bagi memeriahkan promosi, Pavilion mengadakan satu peraduan yang diberi nama Duty-Free contest di mana pengunjung harus membelanjakan sejumlah wang di pusat membeli belah itu dan boleh memenangi barangan berjenama antarabangsa yang jumlah keseluruhannya bernilai RM30,000.

Semasa pelancaran itu diadakan, Pavilion memberi baucer-baucer potongan harga kepada pengunjung yang datang ke pusat membeli belah itu pada waktu tengahari bagi menandakan promosi itu sedang dijalankan.

Karnival Jualan Mega diadakan setiap tahun di negara ini bagi memberi peluang kepada pelancong dan masyarakat tempatan membeli barangan buatan luar negara dan tempatan pada harga diskaun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain