suria

Ketuk Ketampi: Dua Pegawai Imigresen Digantung Tugas

JOHOR BARU: Dua pegawai imigresen di sini digantung tugas sementara siasata kes penahanan dua warga Singapura yang dikatakan diarahkan melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel oleh Jabatan Imigresen di sini pada 9 Jun lalu selesai.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, keputusan penggantungan itu diputuskan oleh jawatankuasa inkuiri.

"Siasatan telah bermula Khamis dan akan berterusan selama seminggu," katanya kepada The Star, Jumaat.

Katanya, pegawai tertabit digantung tugas sehingga siasatan sama ada insiden itu berlaku atau tidak selesai.

"Selain itu, kita kita akan kaji bagaimana untuk memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) jika perlu," ujarnya.

Ditanya sama ada jawatankuasa itu menerima laporan rasmi mengenai insiden daripada dua wanita Singapura itu, Alias menjelaskan tidak menerimanya.

"Ketika kita hanya siasat pegawai terbabit di Johor dan tidak menerima apa-apa laporan atau surat daripada wanita itu," katanya.

The Straits Times Singapore sebelum itu melaporkan dua wanita berkenaan, yang memandu menyeberangi tanpa pasport diperiksa di Tambak Johor pada 9 Jun lalu dari republik berkenaan, mendakwa ditahan pegawai Imigresen Malaysia dan dipaksa menanggalkan pakaian sebelum kedua-duanya diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain