suria

Kes Penyelia Asrama Bunuh Pelajar Ditangguhkan

KANGAR: Mahkamah majistret di sini, Jumaat menangguhkan sebutan kes seorang penyelia asrama sekolah agama yang dituduh membunuh murid tahun satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee pada Mac lalu kerana laporan bedah siasat belum diterima pihak pendakwa.

Hanif Mohd Ali, 26, yang berasal dari Perak dituduh membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi di sini antara 6 petang dan 12 tengah malam, 31 Mac lalu.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Majistret Nurshahida Abd Rahim mene

tapkan sebutan semula kes pada 22 Julai ini setelah Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohd Sabri belum dapat mengemukakan laporan bedah siasat itu.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fikri Abd Rahman dan peguam Zulmi Sabri. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain