suria

DUN Sarawak Bersidang Isnin Ini

KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak akan bersidang mulai Isnin ini, yang pertama sejak pilihan raya negeri yang lepas diadakan 16 April lepas.

Ia akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada Selasa, demikian menurut Speaker Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar pada Jumaat.

Persidangan akan bermula dengan majlis angkat sumpah kesemua 71 anggota dewan terdiri 55 daripada Barisan Nasional, 12 daripada DAP, tiga daripada Parti Keadilan Rakyat dan seorang Bebas.

Mohd Asfia berkata dua rang undang-undang akan dibentang pada persidangan itu yang dijadual berlangsung sehingga 29 Jun.

Katanya beliau telah menerima sebanyak 355 soalan untuk dikemukakan pada persidangan kali ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain