suria

Pemuda Umno Akan Anjurkan Perarakan Pada 9 Julai

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menganjurkan satu perarakan pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, demikian kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Perarakan itu adalah pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih.

Kata Khairy, memorandum tersebut mengandungi saranan menyeru agar sistem demokratik negara ini dipertahankan dan juga syor-syor untuk memperkukuhkan lagi proses pilihan raya umum dijalankan di Malaysia.

Khairy mendakwa terdapat bukti yang menunjukkan ramai pengundi yang diubah dari tempat mengundi dari kawasan yang dimenangi pembangkang ke kawasan yang mereka tewas.

Ditanya apakah nanti, perarakan tersebut akan bertembung dengan perhimpunan Bersih, kata Khairy, suara rakyat bukanlah hak parti pembangkang semata-mata.

Malah katanya, beberapa badan bukan kerajaan telah menyatakan sokongan mereka untuk bersama-sama Pemuda Umno menyertai perarakan tersebut.

Artikel Lain