PGM Sandakan Rampas Rokok Seludup - Semasa | mStar

PGM Sandakan Rampas Rokok Seludup

SANDAKAN: Polis Gerakan Marin di sini berjaya merampas 6,610 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM61,000 dalam operasi di kawasan tepi pantai di Lupak Meluas dekat sini Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata tiada tangkapan dibuat dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 9.30 malam itu.

Katanya beberapa lelaki yang sedang mengangkat rokok tersebut dapat melarikan diri selepas menyedari kehadiran bot peronda polis marin.

"Kesemua rokok tersebut dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan kepada penjaja haram di kawasan kedai dan pasar am di sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Menurutnya rokok yang dirampas itu membabitkan jenama yang dibungkus di Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Beliau berkata operasi itu dijalankan di kawasan yang dikenal pasti dijadikan antara tempat menurunkan rokok yang diseludup dari negara jiran ke daerah ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain