suria

Status Tian Chua: BNBBC Batal Hasrat Fail Usul Tergempar

KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) membatalkan hasrat untuk memfailkan usul tergempar bagi membincangkan mengenai status kelayakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai wakil rakyat.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, keputusan untuk tidak meneruskan usul berkenaan dibuat selepas mendapat nasihat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Speaker nasihatkan supaya kita tidak teruskan usul ini atas beberapa sebab," katanya ketika ditemui di Parlimen di sini, Selasa.

Sebelum ini dilaporkan BNBBC bercadang untuk membawa usul mengenai kedudukan Tian Chua setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya berhubung hukuman atas tuduhan menggifit seorang anggota polis empat tahun lalu ditolak.

Sementara itu Tian Chua ketika ditemui berkata, beliau masih Ahli Parlimen yang sah dan akan tetap menghadiri persidangan Dewan Rakyat serta menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

"Apa yang saya tahu saya masih Ahli Parlimen yang sah, kecuali ada usaha pihak kerajaan untuk mencabar keputusan berkenaan," katanya.

Artikel Lain