suria

Peguam Ditemui Mati Ditetak Di Kuil

KLANG: Peguam Datuk R. Anbalagan ditemui mati di sebuah kuil di Kampung Perepat, Kapar, di sini malam Isnin dipercayai akibat ditetak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong, berkata Anbalagan, 56, cedera di badan, muka, bahu kanan dan tangan kiri.

Katanya suspek kes pembunuhan itu dipercayai melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda serta mencuri satu barang kemas.

Polis sedang mencari seorang lelaki rakyat India dikenali sebagai Rajangam, yang merupakan pekerja peguam itu, untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain