suria

Lebih Dari Sekadar Rumah Urut

Wanita-wanita warga asing yang bekerja di rumah urut ditahan dalam satu operasi di Johor Baru baru-baru ini.
Wanita-wanita warga asing yang bekerja di rumah urut ditahan dalam satu operasi di Johor Baru baru-baru ini.
Wanita-wanita warga asing yang bekerja di rumah urut ditahan dalam satu operasi di Johor Baru baru-baru ini.

PETALING JAYA: Dari luar, mereka kelihatan seperti rumah urut biasa yang terletak di pusat komersial berhampiran dengan kawasan perumahan.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa yang diniagakan bukan hanya urutan, malah si tukang-tukang urut juga turut didagangkan.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong menyifatkan mereka sebagai perosak rumah tangga kerana lelaki-lelaki di sini ketagih dengan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan pekerja wanita warga asing di premis berkenaan.

Wartawan Starprobe membuat tinjauan terhadap beberapa buah spa, rumah urut dan pusat refleksologi di Selangor dan mendapati dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap mereka adalah benar.

Kebanyakan wanita warga asing itu merupakan pekerja seks yang menggunakan muslihat dan kecantikan mereka untuk membuat lelaki melanggan khidmat mereka yang ternyata bukan hanya khidmat urutan.

Ia terbukti apabila dua wartawan pergi melawat sebuah pusat refleksologi di Uptoen Petaling Jaya yang mempunyai lukisan gambar tapak kaki yang biasa di letak di papan-papan tandanya.

Mereka disapa oleh seorang wanita warga China yang kurus dan tinggi yang kemudiannya membawa mereka ke ruang istirehat. Beberapa ketika kemudian, empat wanita muncul dihadapan mereka dan mereka disuruh memilih wanita mana yang diingini.

Seorang wartawan mengatakan yang dia mahukan urutan refleksologi manakala seorang lagi masih tidak pasti dan hanya mahu melihat-lihat apa yang ada di tempat menyambut pelanggan.

Wartawan yang kononnya mahu urutan refleksologi itu tadi dibawa masuk ke sebuah bilik yang dibahagikan oleh kain langsir namun tidak terdapat langsung kerusi yang ada seperti di pusat urutan yang sebenar.

Wanita itu mengarahkan wartawan membuka bajunya dan memakai seluar pendek yang disediakan.

Dia kemudian disuruh meniarap tukang urut yang berpakaian menjolok mata itu tadi duduk di atas wartawan dan mula melakukan urutan selama lebih kurang lima minit.

Tukang urut kemudian mula membelai wartawan dengan ghairah dan bertanya sama ada wartawan mahu bahagian sulitnya diurut.

Wartawan menolak tawaran tersebut namun wanita itu terus menggodanya untuk melakukan hubungan seks.

Wanita itu mengatakan melalui bahasa isyarat bahawa satu sesi khidmat seks dikenakan bayaran sebanyak RM100.

Dia kemudian cuba mencium wartawan itu yang kemudiannya memakai bajunya semula dan keluar dari premis.

Kedua-dua wartawan itu kemudian meneruskan tinjauan ke beberapa rumah urut yang nampaknya menawarakan lebih daripada khidmat urut.

Satu pemeriksaan ringkas yang dibuat menunjukan terdapat lebih daripada 220 buah pusat perkhidmatan urutan dekat kawasan utama di daerah Petaling, manakala di Bandar Puteri Puchong mempunyai bilangan premis serupa terbanyak iaitu 45 buah.

Ia diikuti Dataran Sunway di Kota Damansara (30), Klang (lebih dari 30), Sunway mentari (28), Kajang (25), Batu Caves (20) dan 15 buah di Damansara Damai, PJ Uptown dan Shah Alam setiap satu.

Artikel Lain