suria

Kes Kereta Pegawai SPRM Disimbah Cat Mungkin Bermotifkan Dendam:Polis

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam sebagai motif di sebalik kejadian kereta seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disimbah cat semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci berdasarkan maklumat yang diberi oleh mangsa, Penolong Kanan Penguasa Cawangan Perisikan Khas SPRM Mohamed Yussof Zakaria.

Kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi semalam di tempat letak kereta berdekatan rumah Mohamed Yussof di Bandar Tasik Selatan di sini.- BERNAMA

Artikel Lain