suria

Inkues Kematian Ahmad Sarbaini Ditetapkan 4 Hingga 15 Julai

KUALA LUMPUR: Inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditetapkan pada 4 higga 15 Julai ini.

Koroner Aizatul Akmal Maharani berkata, prosiding itu akan dijalankan di Mahkamah Majistret di sini.

Ahmad Sarbaini merupakan antara pegawai KDRM yang ditahan SPRM dalam operasi besar-besaran siasatan rasuah di kalangan kakitangan pihak berkuasa itu pada 1 April mengakibatkan kerajaan rugi sebanyak RM2.2 bilion di bawah cukai yang tidak diisytiharkan.

Mangsa ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Cochrane di sini pada 6 April.

Dia dibebaskan dengan jaminan tetapi kembali ke bangunan itu untuk menukar kenyataan.

Artikel Lain