DAP Sokong Bersih 2.0, Janji Bawa Ahli Sertai Perarakan - Semasa | mStar

DAP Sokong Bersih 2.0, Janji Bawa Ahli Sertai Perarakan

KUALA LUMPUR: DAP pada Selasa menyatakan sokongan terhadap perarakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu boleh memberi mandat kepada parti itu untuk menggerakkan ahli-ahlinya bagi menyertai perarakan itu nanti.

PAS juga berjanji membawa ribuan penyokongnya pada perhimpunan yang dibantah oleh Barisan Nasional (BN).

“Sudah sekian lama BN memandang lekeh hak rakyat memilih kerajaan pilihan mereka dengan pemilihan yang tidak adil," dakwa Teresa dalam kenyataan di sini.

Pada 7 Jun lepas, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengumumkan harat kumpulan itu mengajak rakyat negara ini turut serta dalam perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 9 Julai ini.

Katanya ia adalah untuk menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata pihak penganjur perlu bertanggungjawab sekiranya perhimpunan itu dilaksana dan menganggu ketenteraman awam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain