SPR Cadang Pinda Peraturan Pendaftaran Pemilih - Semasa | mStar

SPR Cadang Pinda Peraturan Pendaftaran Pemilih

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji bagi membolehkan pendaftaran pemilih yang mempunyai bantahan tidak mengganggu pendaftaran bagi pemilih lain, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata pada masa ini mana-mana pemilih yang mendaftar di satu-satu kawasan pilihan raya yang mempunyai bantahan tidak dapat diwartakan sehingga semua bantahan yang diterima dapat diselesaikan.

"Ini akan menyebabkan pendaftaran dan pewartaan mereka yang mendaftar yang tidak mempunyai bantahan turut tertangguh disebabkan pendaftaran pemilih lain yang mempunyai bantahan.

"Jadi kita tidak mahu ini berlaku bagi mengelakkan mereka tidak dapat mengundi apabila pilihan raya kelak. Untuk itu kita sedang mengkaji secepat mungkin untuk mengubah peraturan ini," katanya kepada Bernama di sini.

Sebagai contoh, katanya, sekiranya pendaftaran pemilih baru sebanyak 10,000 di sesuatu kawasan pilihan raya itu dan terdapat beberapa bantahan sekalipun, ini bermakna kesemua mereka yang didaftarkan tidak dapat diwartakan sebagai pemilih baru.

Seterusnya selepas bantahan, SPR perlu melakukan siasatan awam untuk membicarakan sesuatu bantahan, termasuk proses rayuan memberi peluang kepada mereka yang membuat bantahan sebelum bantahan itu diterima atau tidak dan seterusnya disahkan dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT), katanya.

Mengikut Peraturan 15 (1) (a) Peraturan-peraturan pilihan raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, bantahan boleh dibuat dengan alasan seseorang itu tidak bermastautin dalam bahagian pilihan raya itu, bukan warganegara Malaysia, pemohon sudah meninggal dunia dan kesilapan teknikal SPR.

Seseorang pembantah perlu melengkapkan borang bantahan dengan yuran sebanyak RM10. Jumlah maksimum nama yang boleh dibantah ialah 10 orang.

Rabu lepas SPR melaporkan kira-kira 81,000 orang dari 29 kawasan pilihan raya belum diwartakan sebagai pemilih sah bagi suku pertama tahun ini kerana proses bantahan berkenaan.

Antara negeri yang terbabit dengan proses pendaftaran itu ialah Selangor sebanyak 1,604 kes, Kelantan (289), Kedah (95) dan Putrajaya (12). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain