suria

KTMB Tamatkan Perkhidmatan Antara Bandar KL-Ipoh-KL

KUALA LUMPUR: KTM Berhad bakal menamatkan perkhidmatan kereta api antara bandar Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur mulai 1 Julai.

Koc-koc perkhidmatan terbabit akan dialihkan ke laluan yang memiliki densiti penumpang yang lebih tinggi.

Penumpang yang menggunakan laluan itu selepas ini boleh memilih perkhidmatan Ekspress Rakyat, Ekspress Sinaran Utara, Ekspress Senandung Langkawi dan Ekspress Senandung Mutiara dari KL Sentral ke Ipoh dan Ipoh ke KL Sentral.

Orang juga boleh menggunakan komuter dan tren elektrik (ETS) yang memiliki perkhidmatan di laluan sama.

Untuk maklumat lanjut, bakal penumpang boleh melayari www.ets-train.com.my atau www.ktmb.com.my atau www.ktmintercity.com.my.

Artikel Lain