Kereta Pegawai SPRM Disimbah Cat Merah - Semasa | mStar

Kereta Pegawai SPRM Disimbah Cat Merah

PUTRAJAYA: Kereta seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disimbah cat merah di tempat letak kereta berdekatan rumahnya di Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur.

Kejadian itu disedari Penolong Kanan Penguasa Cawangan Perisikan Khas SPRM, Mohamed Yussof Zakaria pada 7.15 pagi tadi semasa beliau hendak ke pejabatnya di sini.

Menurut sumber, cat itu disimbah di bahagian hadapan cermin kereta dan pintu di bahagian tempat duduk pemandu.

Perbuatan itu disyaki dilakukan individu yang marah dengan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Mohamed Yussof.

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 10 pagi tadi.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi diserahkan kepada balai polis berhampiran tempat kejadian untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

6 polis cedera helikopter terhempas