Kekeliruan Tentang Jumlah Perbelanjaan Hari Seniman - Semasa | mStar

Kekeliruan Tentang Jumlah Perbelanjaan Hari Seniman

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas, kata Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki Din, hari ini.

Beliau menjelaskan laporan media yang mengatakan bahawa perbelanjaan RM100 juta digunakan bagi sambutan itu merupakan salah faham.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya kepada Bernama, Isnin.

Di bawah Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara.

Pada program Sepetang Bersama Seniman sempena sambutan Hari Seniman 2011 di Kompleks Kraf di sini pada 29 Mei lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegur pengamal dan penggiat seni yang tidak menghargai usaha kerajaan mengiktiraf penglibatan mereka melalui sambutan Hari Seniman yang diadakan itu.

Modzaki berkata, pihak kementerian telah membantu pembangunan para penggiat seni melalui pinjaman dana industri kreatif yang diuruskan bersama oleh kementerian dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Selain itu, katanya terdapat dana geran pembangunan industri kreatif yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di samping bantuan kebudayaan yang diberi kepada badan bukan kerajaan yang bergiat dalam bidang seni, budaya dan warisan yang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kereta Pegawai SPRM Disimbah Cat Merah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain