Rumah Teres Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Taman Perumahan Baru Di Tawau - Semasa | mStar

Rumah Teres Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Taman Perumahan Baru Di Tawau

TAWAU: Sebuah rumah teres dua tingkat hampir musnah manakala bahagian siling empat buah rumah lain yang terletak di kedua belahnya turut dijilat api dalam satu kebakaran di Taman Suhima, Kg. Muhibbaraya dekat sini.

Taman perumahan ini merupakan taman perumahan baru di kawasan berkenaan dan masih banyak unit yang masih belum diduduki.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Zougarana Konin berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kebakaran itu pada pukul 11.40 pagi.

Katanya sebaik menerima maklumat, beliau bersama dua jentera dan 10 anggota lain bergegas ke tempat kejadian. Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pintu lain dalam masa 39 minit.

"Selain tingkat atas rumah teres dua tingkat itu musnah, siling empat buah rumah di sebelah kiri dan kanan rumah tersebut turut musnah.

"Salah satu rumah yang musnah silingnya baru sebulan didiami," katanya kepada media di tempat kejadian.

Tambahnya lagi pihak bomba dan polis sedang menyiasat punca dan anggaran kerugian dalam kejadian tersebut.

Kebakaran tersebut merupakan yang ke-empat dilaporkan di daerah ini pada minggu ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?