suria

Siasatan Berita 'Kristian Agama Rasmi' Selesai

GEORGE TOWN: Polis selesai menyiasat artikel berita "Kristian Agama Rasmi?" yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu.

Akhbar tersebut melaporkan mengenai majlis pertemuan tertutup paderi seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, hasil siasatan dikemukakan ke pejabat Timbalan Pendakwaraya.

Seramai 65 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.

Mohd Nasir memberitahu, antara mereka yang dipanggil termasuk paderi tempatan, penganjur dan ahli-ahli politik yang menghadiri makan malam tersebut.

Makan malam itu dianjurkan bersempena dengan persidangan 'Unashamedly Ethical Marketplace' pada 5 dan 6 Mei lalu.

Turut diambil keterangan ialah para wartawan dan penulis blog, Zakhri Mohamed yang mula-mula mendakwa wujudnya suatu konspirasi untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain