suria

Rakyat Malaysia Bazir 930 Tan Makanan Sehari

Pembaziran makanan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di kalangan negara membangun.
Pembaziran makanan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di kalangan negara membangun.
Pembaziran makanan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di kalangan negara membangun.

KUALA LUMPUR: Tabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap hari kerana tidak dimakan.

Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari.

Pakar memberi amaran supaya masyarakat mengubah tabiat pemakanan mereka di tengah-tengah kenaikan harga barang dan kenaikan kadar kekurangan bekalan makanan malah menambah bahawa negara ini sudahpun mengalami sebuah krisis makanan.

Prof. Dr P. Agamuthu dari Universiti Malaya mengatakan pembaziran merupakan masalah yang semakin menjadi-jadi dan sebanyak 31,000 tan bahan buangan yang dihasilkan penduduk Malaysia merangkumi bahan buangan dari dapur seperti baki makanan.

"Penduduk Malaysia membuang lebih kurang 930 tan makanan yang tidak dimakan setiap hari. Pembaziran makanan sahaja telah meningkat sekali ganda sejak tiga tahun lepas dan ia tidak termasuk jumlah baki makanan yang tidak dihabiskan," katanya

Menurutnya lagi, makanan yang terbuang kebanyakkannya adalah roti dan telur yang telah tamat tarikh luput tidak malah buah-buahan yang sudah lama atau busuk.

Dr Agamathu yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan bahan buangan pepejal dan berbahaya mengatakan Malaysia menghampiri status negara maju yang lain daripada segi jumlah pembaziran yang dihasilkan berbanding dengan negara membangun lain seperti India dan Bangladeh yang mempunyai kadar pembaziran makanan hampir sifar.

Pembaziran makanan adalah lebih banyak berlaku di kawasan bandar dan ia disebabkan oleh perbezaan jumlah pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar, tambahnya lagi.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee Ee siong mengatakan kebanyakan rakyat Malaysia cenderung untuk makan berlebihan di mana mereka mengambil makanan lebih daripada apa yang mereka diperlukan.

Beliau berkata melihat rakyat negara ini mengambil makanan berlebihan terutamanya ketika makan di restoran ataupun hidangan bufet.

"Mereka berbuat begitu mungkin kerana malas mahu pergi semula makanan atau risau jika makanan akan habis sebelum mereka mengambilnya semula.

"Apabila kita meletakkan makanan yang terlalu banyak di atas pinggan, kita cenderung untuk makan secara berlebihan," katanya yang kemudian menambah bahawa makan berlebihan merupakan faktor utama berlakunya masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut satu statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, 30 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti sementara 30 peratus yang lain mempunyai berat badan berlebihan.

Dr tee mnegatakan mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk isi rumah harus lebih bijak menganggarkan berapa banyak sebenarnya yang diperlukan untuk memasak bagi mengelak berlakunya pembaziran.

"Ibu bapa harus menjadi lebih peka tentang pembaziran makanan dan menjadi contoh untuk mendidik anak-anak mereka."

Ketua Pegawai Eksekutif Marditech Corporation Sdn Bhd, Anas Ahmad Nasarudin berkata barang makanan tidak berakohol telah mencatatkan kadar kenaikan harga sebanyak 4.7 peratus daripada tahun lalu.

Satu hasil siasatan dilakukan organisasi itu katanya menunjukan harga daging meningkat sebanyak 7.16 peratus, susu dan telur sebanyak 7.9 peratus, sayur sebanyak 11.4 peratus, jem dan produk manis sebanyak 10.9 peratus, 6.8 peratus kenaikan untuk buah-buahan dan 3.8 peratus bagi ikan.

Perunding Marditech, Ahmad Zamzam Mohamed berkata negara ini sebenarnya sedang berada dalam satu krisis makanan dan rakyat perlu mengubah tabiat pemakanan bagi mengurangkan kesan daripada krisi tersebut.

"Kerajaan telah mebantu rakyat mengatasi impak sebenar krisis ini melalui pelbagai jenis subsidi yang diberi," katanya yang menanbah bahawa rakyat bakal menghadapi realiti krisis ini apabila subsidi yang diberi akan ditarik semula secra berperingkat.

"Kita patut belajar untuk makan mengikut keperluan dan tidak memanjakan diri," katanya dalam Persidangan Perniagaan Antarabangsa Agro-Bio Malaysia Ke-7 di sini, semalam.

Persidangan tersebut akan mengumpul pakar-pakar untuk membincangkan cabaran dalam krisis pemakanan sedunia dan bakal berlansung selama dua hari bermula 13 Julai.

Artikel Lain