suria

Perogol Akhirnya Dihukum Penjara 25 Tahun & 15 Kali Sebatan

Sures dibawa keluar dari di Mahkamah Seksyen selepas dijatuhkan hukuman di Klang, Khamis .
Sures dibawa keluar dari di Mahkamah Seksyen selepas dijatuhkan hukuman di Klang,  Khamis .
Sures dibawa keluar dari di Mahkamah Seksyen selepas dijatuhkan hukuman di Klang, Khamis .

KLANG: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya mabuk ketika merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam tandas sebuah sekolah dekat Sekinchan akhirnya dihukum 25 tahun penjara dengan 15 kali sebatan.

Sures Muniandy, 27 mengaku bersalah ke atas jenayah tersebut ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen di sini, Khamis.

Hakim Datuk Anita Harun mengarahkan hukuman penjara dijalankan bermula daripada tarikh tertuduh mula ditahan kerana mempunyai dua kesalahan jenayah sebelum ini.

Pemungut besi buruk itu didakwa melakukan jenayah di SRJK (C) Yoke Kuan, Sekinchan dekat Sabak Bernam lebih kurang pukul 9 malam pada 4 Jun.

Dia dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 376(2) (e) Akta Jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nizi Shazril Ithnin pada awalnya meminta hukuman lebih berat dikenakan kerana mangsa hanya berumur lapan tahun dan mengalami kecederaan.

Sures yang tidak diwakili peguam menangis apabila mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Pada hari kejadian, mangsa menghadiri satu majlis perkahwinan di sekolah itu dan dirogol apabila dia pergi ke tandas seorang diri.

Abang ipar dan kakak kanak-kanak itu menunggunya di kantin tidak jauh dari tandas.

Tertuduh mengunci pintu daripada dalam dan merogol mangsa dan kemudian melarikan diri.

Abang ipar mangsa dengan bantuan orang awam menangkap tertuduh yang dijumpai di sebuah longkang 100 meter dari tempat kejadian.

Artikel Lain