KPN Sahkan Agus Salim Ditangkap Semula - Semasa | mStar

KPN Sahkan Agus Salim Ditangkap Semula

PETALING JAYA: Polis berjaya menangkap semula Agus Salim - yang didakwa pelindung anggota Jemaah Islamiah (JI) - selepas memasuki negara ini menggunakan nama palsu sejak dihantar ke Indonesia pada tahun 2009 kerana melindungi suspek pengganas paling dikehendaki di rantau ini, Mas Selamat Kastari.

Agus, 34, dari Sumatera, Indonesia ditahan di Johor Baru, Isnin lalu semasa bekerja di sebuah restoran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan tangakapan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Salim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2009 selepas disyaki membantu melindungi Mas Selamat yang merupakan suspek kumpulan pengganas berpusat di Singapura yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

Mas Selamat berjaya meloloskan diri dari pnejara yang dikawal ketat di Singapura pada tahun 2008 sebelum ditangkap semula pada tahun 2009.

Salim dihantar ke Indonesia pada 2009, tetapi siasatan polis mendapati dia memasuki semula Malaysia menggunakan nama lain beberapa bulan lalu.

Difahamkan Salim bekerja di restoran sama sebelum ditangkap pada tahun 2009 dan dipercayai ejen pelindung JI membantu anggota kumpulan itu di Malaysia.

JI dituduh bertanggungjawab dalam letupan Bali pada tahun 2002 yang membunuh 202 orang kebanyakannya warga asing.

Artikel Berikut

Lagi Laporan Polis Bantah Demo Bersih

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain