DAP Berjaya Tukar Perjuangan PAS - Najib - Semasa | mStar

DAP Berjaya Tukar Perjuangan PAS - Najib

KUALA LUMPUR: Slogan baru Pas untuk memperjuangkan 'negara berkebajikan' membuktikan kejayaan sekutunya, DAP menukar hala tuju perjuangan asal parti itu untuk membentuk sebuah negara Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, Pas seharusnya konsisten dalam perjuangannya tanpa mengikut telunjuk sekutunya. "Dalam perjuangan mesti istiqamah dan harus ada konsisten, tetapi Pas pun tidak konsisten, dahulu lain, sekarang lain.

"PKR, parti caca marba dan DAP saya hairan muktamar Pas pemimpin baru naik tetapi DAP yang menang," katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama penduduk dan program tinjauan mesranya di sekitar kawasan perumahan AU5 Lembah Keramat, Hulu Kelang di sini, Jumaat.

Terdahulu, Najib diiringi Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay mengadakan tinjauan mesra itu.

Dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan pasti itu yang ke-57 minggu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi perhatian terhadap konsep negara kebajikan selepas sekian lama parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam.

Najib berkata apabila parti pembangkang yang suka menukar rentak dan membuat janji-janji kosong, ia menunjukkan mereka gemar membohongi rakyat berbanding B Nyang membelanjakan berbilion ringgit untuk membantu rakyat.

"Kita boleh lihat janji pembangkang mengenai 16 September, tidak berjaya. Usaha membela ibu tunggal dan warga emas serta membasmi kemiskinan juga tidak dilaksanakan.

"Contohnya di Pulau Pinang yang memberi sedikit bantuan riuh sekampung. Macam ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung. Tetapi BN bagi rakyat telur emas," katanya.

Katanya, kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion tahun ini untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat bagi harga beras, petrol RON 95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG).

"Sekarang harga minyak dunia naik tetapi kita boleh tahan, bukan macam pembangkang yang janji hendak ambil alih Putrajaya dan hendak turunkan harga minyak... itu Pak Pandir punya ekonomi, bukan pakar ekonomi.

"Orang pakar (ekonomi) tidak berbuat demikian dan oleh sebab itu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri," katanya.

Najib berkata ketua pembangkang itu tidak mampu untuk menjadi perdana menteri kerana semasa menjadi Menteri Kewangan ketika krisis kewangan pada 1997 beliau gagal mengawal ekonomi negara menjadi stabil.

"Saya ketika itu di dalam Kabinet tahu apa yang beliau (Anwar) lakukan, beliau telah menaikkan kadar faedah sehingga mengakibatkan ekonomi negara jatuh teruk serta mahu menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu) semata-mata untuk menjadi perdana menteri," katanya.

Sehubungan itu, Najib berazam untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang di negeri Selangor selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

Perdana Menteri seterusnya meminta rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pembangkang kerana BN telah membantu rakyat seperti dalam pemberian biasiswa, bantuan kesihatan, subsidi dan pendidikan percuma. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain