suria

Puteri Umno Diminta Lebih Agresif Daftar Pengundi

KOTA KINABALU: Anggota Puteri Umno Sabah diminta bergerak lebih cergas mendaftarkan anggota Umno sebagai pengundi bagi memastikan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh mandat lebih besar pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Ketua Puteri Umno Sabah, Musliati Moslimin, berkata gerakan mendaftar keahlian perlu dilaksanakan dengan lebih agresif agar mereka yang layak mengundi berpeluang menunaikan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata kerajaan BN sedia ada memerlukan mandat yang lebih besar daripada pengundi pada pilihan raya umum akan datang khususnya daripada golongan muda.

"Ini kerana merekalah yang lebih layak untuk menentukan masa depan generasi akan datang," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain