suria

PKR Selangor Mahu Rampas Kerusi Parlimen BN

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada Khamis berhasrat mahu merampas enam kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata kenyataan tersebut dibuat berdasarkan statistik terkini yang diperoleh daripada risikan parti itu di peringkat akar umbi.

“Gerak kerja pilihan raya kita akan bermula di Tanjong Karang pada 11 Jun ini. PKR Selangor akan melancarkan Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia fasa 2.

“Kami yakin pelancaran ini akan memberi tamparan hebat kepada jentera Umno dan Barisan Nasional (BN). Kita akan fokus kepada kerusi Parlimen Sabak Bernam, Pandan, Tanjong Karang, Sungai Besar, Sepang dan Hulu Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, PKR Selangor juga akan membantu mempertahankan lapan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Selangor.

Antaranya, Parlimen Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kuala Langat.

“PKR Selangor juga akan mengerakkan jentera parti untuk mempertahankan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dimenangi dan akan menawan tujuh kerusi DUN dalam PRU-13,” katanya

Artikel Berikut

Artikel Lain