Perhimpunan Bersih: Pemuda Umno Desak Polis Bertindak Segera - Semasa | mStar

Perhimpunan Bersih: Pemuda Umno Desak Polis Bertindak Segera

KUALA LUMPUR: Polis digesa mengambil tindakan awal bagi menghalang demonstrasi Bersih yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Julai depan.

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata demonstrasi berkenaan perlu dihalang bagi mengelakan berlakunya situasi tidak selamat terutama kepada peniaga, orang awam dan pelancong.

"Perhimpunan itu nanti akan membabitkan warga kota, pelancong dan peniaga yang pastinya akan merugikan banyak pihak.

"Sebab itu kita buat laporan ini polis bertindak awal bagi menghalang daripada ia berlaku," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Khamis.

Laporan polis berkenaan dibuat berdasarkan laporan akhbar Suara Keadilan bertarikh 7 Jun lalu yang memetik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sebagai berkata seramai hampir 60,000 akan menyertai perhimpunan berkenaan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pada Ahad lalu turut menggesa seluruh rakyat negara ini termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik menyertai himpunan gerakan Bersih kedua.

Perhimpunan itu dirancang untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya.

Selain Pemuda Umno, tujuh lagi laporan polis dibuat di balai polis yang sama iaitu oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Pemuda Umno Bukit Bintang, Persatuan Penjaja Wilayah, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Belia Islam Kepong, Belia Bukit Bintang, dan Persatuan Peniaga Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Selain itu Tengku Azman turut mempertikaikan kenyataan penganjur Bersih bahawa demonstrasi berkenaan akan dilakukan secara aman.

Menurutnya, berdasarkan beberapa demonstrasi sebelum ini penganjur gagal mengawal peserta demonstrasi dari bertindak di luar kawalan hingga mencetuskan kekecohan.

"Ini bukan pertama kali demonstrasi sebegini diadakan, malah ini demonstrasi Bersih kedua. Berdasarkan pengalaman lalu memang wujudnya kekecohan hingga menyebabkan kerugian di kalangan peniaga.

"Tambahan pula mereka mahu adakan pada hari Sabtu, ia adalah hari tumpuan warga kota di kawasan ini... kami bimbang lebih banyak kerugian akan dialami," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain