suria

'Langkawi International Charity Ride' Bantu Anak Yatim

LANGKAWI: Kerja amal dan membantu anak yatim adalah antara program yang dirancang dalam 'Langkawi International Charity Ride 2011' yang diadakan sempena ulang tahun Langkawi Geopark pada Sabtu dan Ahad ini.

Pengerusi penganjur Pishol Ishak berkata menerusi program itu, semua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyertai jelajah tersebut akan turun padang bagi bersama anak yatim serta golongan kurang upaya.

"Aktiviti ini untuk mempromosi Langkawi sebagai destinasi percutian dan pelancongan utama kepada bikers (penunggang motosikal berkuasa tinggi) dan keluarga," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya telah memilih anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Daerah Langkawi di Kampung Tok Rendong, Kuah, sebagai lokasi program.

Seramai 400 penunggang dari dalam dan luar negara seperti Singapura dan Thailand akan menyertai jelajah mengelilingi Langkawi tersebut, kata Phisol yang juga Pengerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan (Matta) Kedah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain