Bangunan Ibu Pejabat PKR Dilelong Esok - Semasa | mStar

Bangunan Ibu Pejabat PKR Dilelong Esok

PETALING JAYA: Bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini akan dilelong sekaligus menjadikan parti itu tanpa pejabat.

Bendahari PKR William Leong yang mengesahkan perkara itu berkata lelongan awam akan diadakan di sebuah pejabat di Brickfields dekat sini, petang Khamis.

Katanya, lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada lokasi unit dalam bangunan berkenaan.

Meskipun Leong pernah memberitahu Malaysiakini bahawa PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu tetapi jelasnya, ia bergantung kepada harga yang ditawarkan itu.

“Ada keputusan daripada pucuk pimpinan parti tetapi ia bergantung kepada harga,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa yang sama kata Leong, belum ada pihak yang memaklumkan kepada PKR bahawa mereka berminat membeli bangunan berkenaan.

Namun katanya, seorang peguam parti itu akan dihantar bagi memantau lelongan itu dan membuat bidaan jika perlu.

Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara RM10,000 hingga RM20,000.

Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain