Sungai Di Taman Botani P.Pinang Disahkan Tercemar - Semasa | mStar

Sungai Di Taman Botani P.Pinang Disahkan Tercemar

GEORGE TOWN: Air sungai di Taman Botani Pulau Pinang di sini disahkan dicemari virus leptospirosis atau kencing tikus, demikian kata Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Alexander Selvam.

Beliau berkata, orang ramai yang mengunjungi Taman Botani dinasihati tidak mandi atau bermain air sungai itu bagi mengelak dijangkiti virus berkenaan.

"Kawasan ini tidak ditutup dari dikunjungi orang ramai. Kita hanya akan meletak papan tanda notis amaran di kawasan terlibat minggu ini," katanya kepada pemberita di Pejabat Jabatan Taman Botani, Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada mangsa yang dilaporkan dijangkiti virus itu di kawasan berkenaan.

"Kami akan melaksanakan langkah kawalan di kawasan berkenaan dan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Taman Botani Pulau Pinang, Datuk Tengku Idaura Tengku Ibrahim berkata, pihaknya telah meletakkan beberapa papan tanda amaran berhampiran sungai yang dicemari virus berkenaan.

"Pihak Taman Botani diberitahu bahawa virus leptospirosis dikesan di sungai di sini dan kami telah mengambil langkah segera dengan meletakkan papan tanda amaran di kawasan terlibat," katanya.

Antara simptom serangan virus itu ialah demam teruk, sakit badan dan warna kekuningan kelihatan pada kulit badan.

Penyakit itu boleh mendatangkan bahaya kerana ia akan menyerang ginjal pesakit dan boleh membawa maut. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain