suria

Sepuluh Lagi Produk Makanan Dari Taiwan Bebas DEHP

KUALA LUMPUR: Sepuluh lagi produk makanan keluaran Taiwan disahkan tidak dicemari bahan kimia Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP) selepas dianalisis oleh Kementerian Kesihatan.

Produk itu ialah Premium White Milk Tea Drink dan Finest Quality Milk Tea Drink jenama Mine Shine; Tomato Drink jenama Red Gold Bank; Grape Seeds Drink; Multigrain Activate Tea; dan Vegetable & Fruit Drink jenama AGV; Spinach Noodle dan Tomoshiraga Somen jenama Wu-Mu; Oat Biscuits jenama I Mei dan Sweet Bean Sauce jenama Master.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman berkata orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

"Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) kementerian di talian 03-88833652/03-88833653 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin. - BERNAMA

Artikel Lain