Rasuah: Pemain Terengganu Bakal Diheret Ke Mahkamah - Semasa | mStar

Rasuah: Pemain Terengganu Bakal Diheret Ke Mahkamah

PETALING JAYA: Belumpun reda kes jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen di Seremban Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mengheret seorang pemain Terengganu ke muka pengadilan atas tuduhan sama dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali enggan mendedahkan identiti pemain bola sepak itu memandangkan siasatan masih dijalankan.

"Saya tidak dapat mendedahkan pemain itu datang dari liga mana kerana kes itu belum dibawa ke mahkamah.

"Bagaimanapun saya telah menghubungi Pengarah SPRM Terengganu dan dimaklumkan kes itu akan dibawa ke mahkamah tidak lama lagi," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seorang jurulatih pasukan T-Team mendakwa seorang pemain yang memiliki RM27,000 di dalam akaunnya mengaku amaun tersebut adalah imbuhan hasil mengatur perlawanan pada tahun lalu.

Jurulatih itu memberitahu, dia mendapat maklumat mengenai kegiatan itu selepas didedahkan sendiri ahli sindiket perjudian bola sepak atau bookie yang cuba merosakkan kerjaya pemain terbabit yang sudah tidak mahu lagi menerima rasuah.

Gejala rasuah di kalangan pemain bola sepak negara sememangnya menjadi buah mulut di kalangan peminat sukan tanahair sejak dulu lagi.

Antara mereka yang pernah dikaitkan adalah bekas pemain tengah kebangsaan, Azizol Abu Hanifah dan Karim Pin yang sehingga kini masih dihalang terbabit dalam sebarang liga atau kejohanan anjuran FAM.

Beberapa nama lain yang turut didakwa terlibat dengan gejala itu adalah bekas pemain Kedah, Norazam Ishak dan Faridzuan Che Hamid, serta dua bekas pemain Pulau Pinang, Aziz Azizan dan Jalani Wilastra.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain