PAS Kawasan Dan Negeri Belum Capai KPI Daftar Pemilih - Semasa | mStar

PAS Kawasan Dan Negeri Belum Capai KPI Daftar Pemilih

KUALA LUMPUR: Kebanyakan PAS kawasan dan negeri masih belum mencapai penanda aras yang ditetapkan iaitu mendaftar 50 peratus anggota baru seperti yang dilakukan oleh Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata sekiranya perkara itu berlanjutan, ia agak sukar untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Jabatan Pilihan raya PAS pusat telah mengeluarkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) sejak tahun lepas iaitu pertama, sekali daftar pemilih mesti 50 peratus. Tetapi sehingga sekarang tidak nampak lagi 50 peratus.

"Kebanyakan kawasan masih belum mencapai sasaran. Jika perkara ini tidak diambil perhatian dan diperbaiki, adalah sukar untuk kita menang," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar di sini Ahad.

Justeru, Abdul Halim menggesa semua perwakilan khususnya Dewan Pemuda dan Muslimat supaya melipatgandakan usaha untuk memikat golongan remaja yang layak mengundi mendaftar sebagai anggota sekaligus memastikan kemenangan pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Orang muda ada 3.5 juta belum daftar, ini tugas pemuda, turun padang, turun kepada semua untuk membolehkan kita dapat peluang lebih besar.

"Kalau tidak kita susuli dengan gerak kerja, kita akan kalah. Selepas ini jangan cakap banyak, turun padang," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain