Muktamar Tahunan PAS: Label Kelompok Dalam Parti Unsur Negatif - Nasruddin - Semasa | mStar

Muktamar Tahunan PAS: Label Kelompok Dalam Parti Unsur Negatif - Nasruddin

GOMBAK: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan menyifatkan wujudnya perlabelan dua atau tiga kelompok tertentu menerajui parti itu sebagai sesuatu yang berunsur negatif.

Sebaliknya beliau beranggapan itu bukan isu sebenar kerana secara realiti PAS sejak awal penubuhannya pada tahun 1951, parti itu menggabungkan tiga aliran latar belakang ahli berbeza.

"Ada anggota kita daripada kalangan ulama, ada profesional dan aktivis. Ketiga-tiga perkara ini kita memang kita tak boleh nak elak.

"Akan wujud aliran itu kerana ada orang belajar agama, ada akauntan dan ahli ekonomi lalu mereka diumpamakan sebagai profesional. Ada juga yang tidak mempunyai asas pengajian tingi maka jatuh bangunnya bersama parti lalu mereka dianggap aktivis," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Menurut Nasruddin, isu sedemikian sengaja diuar-uarkan pihak tertentu untuk mencetuskan polemik yang tidak seharusnya dilakukan. "Asalnya seorang individu tidak mungkin akan kuasai semua benda. Jadi mesti ada gandingan ulama, profesional dan aktivis," jelasnya.

Jelas Nasruddin, memandangkan gandingan itu sudah terjalin sejak awal penubuhan PAS, maka isu sedemikian bukan perkara baru seperti yang hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

"Insya-Allah, gandingan dan persefahaman akan wujud. Walaupun ada kumpulan tertentu mahu calon pilihan mereka untuk menang, itu tidak bermakna wujudnya puak kerana yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden adalah enam orang.

"Mahu tidak mahu tiga daripadanya kena terkeluar. Pilihan hanya ada tiga sebab kerusi ada tiga. Jadi perwakilan mempunyai persepsi masing-masing terhadap calon pilihan mereka. Maka ia sesuatu yang normal," jelasnya.

Mengulas mengenai pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, Nasruddin berkata karakter beliau yang lantang bersuara antara faktor yang diperincikan perwakilan untuk memilihnya.

Bagaimanapun Nasruddin tidak menolak ketiga-tiga calon yang bertanding bagi jawatan itu merupakan mereka yang layak dan memiliki latar belakang yang hebat.

"Cuma kita nak seorang calon maka perwakilan membuat pilihan berdasarkan kepada karakter tertentu yang mungkin dilihat mampu mewakili parti dan menghadapi situasi semasa," katanya.

Tambahnya lagi, bagi calon yang kalah tidak bermakna mereka tidak layak tetapi jumlah undi diperoleh ketiga-tiga calon kelihatan seimbang.

"Masing-masing ada keistimewaannya. (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man dikenali kerana keilmuannya, waraknya, ketinggian keperibadiannya. Nasharudin (Mat Isa) pula berupaya memimpin di peringkat antarabangsa manakala Mat Sabu seorang yang lantang bersuara dalam parti sejak sekian lama," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?