suria

PAS Disaran Lantik AJK Pusat Berlainan Latar Belakang

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas berharap pihak kepimpinan parti melantik anggota jawatankuasa pusat tambahan daripada pelbagai latar belakang.

Ketuanya Nasrudin Hassan Thantawi berkata ia bagi mewujudkan keseimbangan dalam cara berfikir, bekerja, memberi idea dan membuat keputusan.

"Biasanya (pemimpin yang dipilih perwakilan) memiliki latar belakang pengajian atau disiplin ilmu tertentu. (oleh itu) mesyuarat (jawatan tertinggi) perlu mengambil ahli jawatankuasa tambahan yang berbeza latar belakang untuk mewujudkan keseimbangan dalam saf parti," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas keputusan pemilihan kepimpinan parti yang memihak kepada golongan bukan ulama dan berbeza daripada kepimpinan Dewan Pemuda yang dikuasai oleh gologan ulama. - BERNAMA

Artikel Lain