suria

Polis Fail Permohonan Inkues Ahmad Sarbani

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat, memfailkan permohonan agar satu prosiding inkues diadakan berhubung kematian Penolong Pengarah Siasatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada 6 April lalu.

Selain permohonan inkues, polis turut memfailkan laporan kematian mengejut Ahmad Sarbani yang berlaku di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, di sini.

Pegawai Penjaga Kompleks Mahkamah Jalan Duta, R. Munusamy berkata, koroner yang bakal mendengar kes tersebut dan tarikh prosiding bermula akan diketahui pada Isnin.

Media hari ini melaporkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bersetuju dengan cadangan PDRM supaya diadakan inkues tersebut diadakan.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Artikel Lain