suria

Muktamar Tahunan PAS: Dewan Ulama Lulus Sebulat Suara Tolak Video Seks

GOMBAK: Usul video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama PAS pusat yang bersidang pada Khamis.

Perwakilan Dewan Ulama PAS Kelantan, Nik Razi Nik Mat yang membawa usul tersebut berkata fitnah berkaitan isu video seks ditimbulkan secara sengaja oleh pihak tertentu dengan niat jahat menjatuhkan maruah individu tertentu.

“Usaha ini dilakukan secara terancang untuk tujuan politik oleh pihak tertentu.

"Oleh itu Muktamar Dewan Ulama PAS pusat yang bersidang pada hari ini mengutuk kerajaan kerana membenarkan penayangan serta menyebarkan fitnah berkaitan video lucah secara meluas dalam masyarakat.

“Kita juga, membidas sikap berdiam diri para mufti dalam isu penyebaran video lucah ini tanpa memberikan sebarang pandangan mengikut perspektif Islam,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS pusat di Markas PAS Taman Melewar di sini, Khamis.

Usul tersebut diterima sebulat suara tanpa bahas oleh perwakilan Dewan Ulama PAS pusat.

Artikel Berikut

Artikel Lain