suria

Kelindan Lori Maut Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya Dekat Gopeng

IPOH: Seorang kelindan lori terbunuh selepas kenderaan itu merempuh belakang sebuah treler di Km 294.3 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gopeng di sini Khamis.

Dalam kejadian pada 6.55 pagi tadi, Izwan Shah Mohamad Johari, 22, dari Batu Kurau, mati di tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh.

Nahas berlaku ketika lori yang dipandu rakannya, Mohamad Nazir Saad, 35 membawa muatan air mineral dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, katanya ketika dihubungi hari ini.

Izwan Shah yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain