suria

Dua Diberkas Cuba Curi 1,000 Kg Mempelam Harumanis Dari Ladang

KANGAR: Dua lelaki gagal melarikan 1,000 kilogram mempelam harumanis dari ladang mempelam Bukit Bintang 2, Sungai Batu Pahat dekat sini, apabila dikesan oleh pengawal keselamatan ladang itu serta dua anggota Rela, Khamis.

Ketua Polis Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, dua lelaki tempatan berusia 26 dan 30 tahun itu ditahan pada 5 pagi tadi oleh pengawal keselamatan dan dua anggota Rela itu ketika mereka sedang melakukan rondaan.

"Mereka terserempak dua lelaki sedang itu memasukkan buah mempelam ke dalam guni dan bergerak ke lori yang terletak berhampiran," katanya.

Abdul Rahman berkata kedua-dua lelaki itu menceroboh masuk ladang berkenaan melalui pagar yang dipotong.

Mempelam harumanis mempunyai permintaan yang tinggi dan harganya melebihi RM12 sekilogram. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain