suria

SPRM Teruskan Kes Rasuh Sime Darby

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin meneruskan perbicaraan rasuah yang membabitkan bekas pengurus kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd walaupun ketidakhadiran saksi utama itu.

Timbalan pendakwa raya SPRM Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Sesyen pada Rabu bahawa pendakwaan mungkin meneruskan sama ada pemilik MLC Shipbuilding Sdn Bhd, Redzuan Goh Mohammed Karian boleh dikesan atau tidak.

Beliau berkata Redzuan, seorang rakyat Singapura, gagal dikesan setelah saksi itu meninggalkan negara ini dan dipercayai berada di Batam, Indonesia.

Morais memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengemaskinikan status sama ada untuk meneruskan perbicaraan itu atau tidak pada 18 Julai.

Hakim Rozilah Salleh, bagaimanapun menetapkan 8 Julai untuk sebutan bagi SPRM untuk memaklumkan mahkamah di mana saksi utama itu dalam perbicaraan bekas pengurus kanan Sime Darby Enginering Sdn Bhd Mazhazmi Jamaludin yang didakwa menerima RM200,000 sebagai suapan ke atas penjualan dan pembianan tiga buah kapal.

Pada 25 April, Morais telah memohon untuk satu perintah bagi membebas dan melepaskan Mazhazmi daripada pertuduhan itu setelah Redzuan tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun Rozilah telah memberikan SPRM sehingga 18 Julai untuk mengesan saksi berkenaan.

Mazhazmi, 37, dituduh menerima pembayaran sebagai suapan dalam mencadangkan kepada MLC Shipbuilding Sdn Bhd untuk memperoleh satu kontrak daripada Sime Darby bagi membina dan menjual sebuah tongkang tundaan Derrick (Hull No MLC 12888), 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75083 and a 75M (Wartsila 8000bhp) Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull No 75084', all worth USD134.2 million (RM401.9 million).

Beliau juga dituduh menerima wang itu untuk mengesahkan pembayaran tertentu yang dibuat oleh syarikat pembinaan kapal itu untuk pembinaan tongkang tundaan dan kapal tundaan.

Mazhazmi, yang diwakili peguam Shamsul Sulaiman, didakwa menerima wang itu daripada Redzuan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Anti-Pencegahan 1997, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali jumlah bayaran rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Perbicaraan bermula pada 11 April tahun ini dengan pendakwaan memanggil lapan saksi. BERNAMA

Artikel Lain