suria

PAS Nafi Bukan Islam Perlu Bertudung

KUALA LUMPUR: PAS menafikan ia telah menetapkan peraturan memerlukan wartawan wanita bukan-Islam supaya memakai tudung ketika meliputi muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita Islam.

"Saya percaya ini salah faham. Mungkin ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam nasihat berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan-Islam yang meliputi Muktamar dari 3-5 Jun.

Chew berkata, "Dalam sebuah negara berbilang kaum saya menghormati sepenuhnya kod pakaian Islam, tetapi kita juga mahu PAS menghormati adat dan pilihan oang bukan Islam". BERNAMA

Artikel Lain