suria

Lelaki Tidak Mengaku Salah Ancam Bunuh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tuduhan mengancam untuk membunuh keluarga seorang wanita, dua minggu lalu.

Pengakuan Kong Wei Loon, 27, direkodkan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin pada Rabu.

Dia didakwa mengancam Lee Fong Yin, 26, dengan berkata ‘jika kamu mahu pisah, bayar wang pampasan RM20,000. Kamu hati-hati, saya bunuh kamu punya keluarga.’

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.30 pagi, 22 Mei lalu di sebuah rumah di Jalan Jinjang Damai, di sini.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abu Hassan Ramli mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Siti Shakirah tidak membenarkan jaminan diberikan kepada tertuduh dan menetapkan sebutan semula kes pada 1 Julai depan.

Artikel Lain