Perhilitan NS Rampas Dua Ekor Buaya Tembaga - Semasa | mStar

Perhilitan NS Rampas Dua Ekor Buaya Tembaga

SEREMBAN: Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan merampas dua ekor buaya tembaga serta trofi tanduk rusa dan kulit ular dipercayai tedung selar daripada sebuah rumah di Taman Marida, Senawang dekat sini Selasa.

Pengarahnya Mohd Zaide Mohamed Zin berkata hasil maklumat orang ramai, pihaknya menyerbu rumah berkenaan pada pukul 11.30 pagi dan menemui dua ekor buaya tembaga di dalam sebuah tangki di hadapan rumah tersebut.

"Turut ditemui satu trofi tanduk rusa dan kulit ular dipercayai tedung selar yang digantung di dalam rumah.

"Seorang lelaki berusia 61 tahun yang juga seorang bomoh yang dipercayai pemilik buaya serta trofi tanduk rusa dan kulit ular tedung selar itu telah ditahan dan dibawa ke balai polis Senawang untuk siasatan.

"Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan seorang penjamin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zaide berkata kesalahan tersebut dilakukan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Katanya kes itu akan dibawa ke mahkamah selepas siasatan selesai.

"Siasatan awal mendapati buaya tembaga itu yang panjangnya 81 inci dan 60 inci dipelihara sejak 5 hingga 6 tahun lepas, manakala tanduk rusa pula telah disimpan sejak 16 tahun lepas. Buat sementara waktu, dua ekor buaya tembaga itu akan dihantar ke Zoo Melaka untuk pemeriksaan dan rawatan," katanya.

Beliau meminta orang ramai agar menghubungi Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan di talian 06-7616998 jika terdapat kegiatan memiliki dan menyimpan hidupan liar yang dilindungi.

Kegiatan itu perlu dibendung bagi mengelak hidupan liar menghadapi ancaman kepupusan, manakala kegiatan menyimpan buaya di kawasan kediaman boleh mengundang bahaya jika haiwan itu terlepas, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain