suria

Pemandu Treler Maut Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya

IPOH: Seorang pemandu treler terbunuh selepas kenderaan itu merempuh belakang sebuah lori kontena di Km 297.7 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gopeng di sini Selasa.

Dalam kejadian pada 5 pagi tadi, Musarang Dusok, 42, dari Batu Karang, Selangor, mati di tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh.

Nahas berlaku ketika treler yang dipandu Musarang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

Abdul Aziz berkata pemandu lori kontena tidak mengalami kecederaan. - BERNAMA

Artikel Lain