suria

Dana Belia 1Malaysia Bernilai RM17 Terbuka Untuk Dipohon

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM17 juta Dana Belia 1Malaysia (Dana Belia) masih ada untuk diagihkan kepada para belia berumur antara 15 dan 40 tahun bagi menzahirkan idea masing-masing untuk menggalakkan perpaduan.

Dana Belia itu yang diperkenalkan pada 21 Jan, 2011, adalah geran pertana Dana Belia sepertinya di negara ini.

Sehingga ini, Dana Belia telah menerima lebih 700 permohonan mendapatkan dana itu yang kini berada pada pelbagai peringkat pemilihan, kata 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kumpulan pertama penerimanya telah diumumkan pada Mac, 2011.

Selasa, 10 lagi penerima, yang secara kolektif, menerima RM810,000 untuk membiayai projek masing-masing.

Mereka telah ditemu bual dan disenarai pendek oleh panel dalaman Yayasan 1MDB, yang kemudiannya membuat cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan 1MDB. - BERNAMA

Artikel Lain