suria

Presiden MCA Ketuai Delegasi Lawat Ibu Pejabat Star

Chua Soi Lek bersama dengan staf Star semasa melawat ke Menara Star di Petaling Jaya, Isnin. Bersamanya (dari kiri) ialah Wong Chun Wai, Hou Kok Chung, Kong Cho Ha, Liow Tiong Lai dan Gan Ping Sieu. - Foto THE STAR Oleh BRIAN MOH

PETALING JAYA: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengetuai delegasi pemimpin parti itu melawat ibu pejabat Star Publications (M) Bhd di sini, pada Isnin untuk mengeratkan hubungan antara parti dan media.

Para pemimpin MCA yang hadir termasuk Timbalan Presiden merangkap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Setiausaha Agung, Datuk Seri Kong Cho Ha; Naib Pengerusi Wanita MCA yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kei dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat, Gan Peng Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) serta Datuk Dr Hou Kok Chung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi).

Mereka yang tiba pada pukul 2.30 petang sebelum menghabiskan masa kira-kira tiga jam bersama warga Kumpulan Star.

Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Seri Wong Chun Wai menyambut kehadiran mereka bersama Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Vincent Lee Fook Long; Ketua Pegawai Operasi merangkap Pengarah Eksekutif Star, Ho Kay Tat dan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Linda Ngiam.

Selepas para pemimpin MCA selesai meninjau operasi harian Star di Jabatan Pengarang dan Unit Foto, Ho menyampaikan taklimat ringkas kepada tetamu.

Beliau turut menyatakan mengenai hala tuju Star dalam industri media.

Dalam sesi soal jawab terbuka yang dipengerusikan oleh Wong, Presiden MCA berkenaan menjawab pelbagai soalan daripada para wartawan dan kakitangan.

Artikel Berikut

Artikel Lain